Nuffnang

Tips Memilih Bedung & Barut


Kami kini beroperasi sepenuhnya di website rasmi:


http://www.bedungbarutbaby.com.my/





Sebarang pertanyaan berkenaan produk/tempahan sila emelkan ke:


admin@bedungbarutbaby.com.my


atau hubungi kami di


017-3825182



Ramai yang bertanya kain cotton flannel tu macam mana? lembut tak? sejuk tak?
OK lah, utk tidak mengelirukan bakal-bakal ibu terutama yang baru pertama kali nak jadi ibu,
lebih elok kalau saya terangkan dulu apa itu kain cotton flannel.

Sebenarnya cotton flannel ni sama je maksudnya dengan kain kapas. Sifatnya yang lembut dan agak sejuk
menyebabkan ia amat sesuai di gunakan oleh bayi yang baru lahir. Kalau kita pernah tengok bayi yang baru lahir di hospital kerajaan, biasanya bayi di bedung dengan kain berwarna hijau, manakala kalau bersalin di hospital swasta, bayi di bedung dengan kain bercorak.Haaaaa...Itulah kain cotton flannel.

Bezanya kalau kita gunakan cotton flannel dengan cotton biasa adalah dari segi kekemasan.
Kain cotton flannel ni lebih terletak elok dan kemas pada perut baby dan kain cotton biasa
ni kadang2 boleh jadi bra untuk baby.


Ini hasil research yang kami dapat mengenai kain kapas/cotton flannel:

"Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi.
 Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada
kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh
dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat."

Jadi dalam konteks kami, pakaian yang di maksudkan adalah barut/bedung.

Walaubagaimana pun, terpulang pada citarasa masing-masing. Samada anda mahukan cotton flannel
atau cotton biasa, kerana di Shaz Bedung & Barut Bayi, kami menyediakan tempahan utk kedua-dua jenis kain ini. Yang penting, kita barut perut baby kita supaya tak kembung. Nanti siapa yang tak senang duduk
kalau tengok baby tak selesa akibat kembung perut? Haaa..jawab sendiri..he3..


KENAPA PERLU BELI BARUT BABY??

Utk mommies-to-be yg baru pertama kali nak menimang cahaya mata, mesti tertanya-tanya, kenapa baby perlu di barut? Sebenarnya amalan berbarut ni dah di amalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi, cuma bezanya muangkin dulu material yang digunakan lain dari yang sekarang. Yang penting tujuan utama berbarut adalah untuk mengelakkan kembung pada perut bayi. Nanti kalau perut baby dah kembung, memang tak tidur malam la kita di buatnya. Mana nak jaga badan kita yang dalam pantang ni, nak jaga baby asik meragam akibat kembung perut. Memang sedikit sebanyak akan mengganggu emosi kita. Jadi sebelum terlambat, lebih baiklah di elakkan.


PANDUAN MEMILIH SAIZ BARUT BABY

Terdapat 3 saiz untuk pilihan ibu-ibu iaitu:

S- 17" x 5"

M- 19" x 5.5"

L- 21" x 6" 

Sebagai panduan:

S- newborn baby

M- newborn - 3months

L- 3 months and above

Untuk bakal2 ibu yang belum pernah menimang cahaya mata, seelok-eloknya belilah barut baby pelbagai saiz, sebab baby memang cepat membesar dan pembesarannya kadang2 di luar jangkaan kita. Campur2 semua saiz S, M dan L. Saiz yang dicadangkan kpd ibu2 baru sebaiknya ambil 1set saiz S, 1 set saiz M dan 1 set saiz L. Kadang2 saiz S tu boleh dipakai selama sebulan sahaja atau mungkin lebih singkat dari itu dan kalau beli semua saiz M, buatnya baby terkecik masa lahir, tak boleh nak pakai pulak sebab barut terlebih besar..Kena tunggu baby besar sikit baru boleh pakai barut. Pendek kata, di galakkan belilah barut pelbagai saiz.Lagipun tak rugi beli pelbagai saiz, sebab boleh digunakan utk anak-anak yg seterusnya pula.

Apa-apa pun tepuk dada tanyala selera. Ini sekadar panduan utk membeli. Jadi sebelum membeli, fikir-fikir dulu ye.. :-)


KAIN BEDUNG vs KAIN LAMPIN


Ramai yang bertanya, apa beza kain bedung yang saya buat dengan kain bedung yang di jual kat luar?
Oh Ya.. Saiz kain bedung saya lebih besar dari kain bedung yang di jual di luar yang mana biasanya
kain bedung itu saiznya lebih kurang saiz lampin bayi. Saiz lampin bayi lebih kurang 25" x 30" shja.
Kalau nak bedung baby guna kain lampin kita kena pakai 2 helai, kalau pakai sehelai kain lampin,
bedung kaki dada nampak, bedung dada kaki terjulur keluar. Untuk lebih selesa dan mudah, gunakan kain bedung khas,
tutup semua.

Terdapat 3 saiz utk kain bedung:

35" x 35"

37" x 37"

1M x 1M


Kalau bedung yang bersaiz 1M, boleh di pakai hingga baby besar dan boleh juga digunakan sebagai selimut.
Tak rugikan beli bedung pelbagai guna? Jimat & harga pun berpatutan.